SPM,

lepas jawab biology 

assalamualaikum,
pikir dua tiga empat lima kali gak nak post ni. hmmmmmmmm. cuak. tu je le boleh dikatakan pun nye. cuak. rasanya tunggu results lagi cuak daripada jawab exam, kan? hookay. nak share lah apa rasa before, during, after spm kan. kot lah nanti dah besar, boleh baca balik. kalau umur panjang la.

okay.... memang takut. ya Allah moga Allah bantu. takuttttt. okay masa lagi sebulan nak spm tu memang lah cuak. tapi one day before spm lah paling mengancam cuak nya. semua subjects kalau nak ikutkan, semua sayaaa takut. BM pun takut eh. jangan main main. punya la susah nak dapat A BM. kena badi kot sebab masa form 2 dulu tak pernah ada buku karangan. cikgu mengajar kat depan, saya tidur sama dengan fatin batrisyia hahahaha. naik form 4 form 5, nak dapat A BM tu azab weehhh. masa final exam form 4 pernah dapat BM 74, cikgu taknak naikkan pun! sejak haritu BM bukan lagi subjek main main bagi saya. mihmih.

physics chemistry biology takyah cakap. biology tu ya Allah susah nak dapat markah. markah kesian takde eh. tak wujud. chemistry pulak... masa form 4 murah rezeki dapat A kalau subjek chemistry. sampai dah tanam cita cita lah nak jadi chemist, chemical engineering. semua yg ada nama 'chemi' kat depan. tapi hujung hujung form 5, hmm makin payah. physics takyah cakap! ARGHHHHH orang laki je terror physics ni. dah fullstop. konklusinya debor subjects ni.

addmaths. addmaths. addmaths. yang ni cuak. masa trial haritu terkejut aih dengan soalan. Imran called it 'question shock'. takut ah. masa SPM jawab paper 1. keluar dewan semua boleh senyum ah. (first time tengok orang senyum lepas jawab addmaths) petang pulak, jawab paper 2. keluar dewan, semua muka kecewa (situasi ni biasa tengok).

accounts pulak. haihhhhh main gilerr kau eh. apa benda soalan no 2 tu?! realisasi mana realisasi? lembaga memang main hantu tahun ni. 

tapi untung dapat ketua pengawas yang sporting gila. memang lawak ahh dia. tak tegas langsung. nampak habuk atas meja kami, disuruhnya sapu supaya nanti kalau menulis, smooth je.

Alif : caringnya sir dekat kami
Sir : haiihh memang la itu kamu semua saya anggap macam anak anak saya juga 

orang cina sir tu. so malam before SPM memang cuak. serba tak kena. mood memang takde. jadi down sebab takut sangat. lepas tu jawab la exam. first week tough tapi boleh tahan. second week sejarah pulak. third week, masuk accounts dah nak pengsan. physics pulak. addmaths pulak. perghhh. dah rasa takde semangat pun ada. last week, chemistry and biology. lepas jawab dua paper ni paling down.

paling susah rasanya bio and chemi sekali. kedua physics and accounts. ketiga addmaths. boleh ke camni? ke addmaths no 2 erk? lupa ah. tapi rasa macam bio n chemi paling susah. takut. skarang ni even dah merdeka tapi still ingat lagi pasal results. takut. doakan....... semoga nurul nadia mendapat semua A dalam SPM inshaAllah. amin :)

may our dreams come true. amin :)

0 comments: