Ramadhan is a teacher,

Assalamualaikum. Apa khabar? (walaupun khabar tak baik, tapi kita kena juga jawab khabar baik tau!)

Dah terlambat ke saya nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak? rasanya tak kan. bercerita tentang ramadhan, saya nak kata yang ramadhan ni seorang guru (walaupun tak pernah datang sekolah) tapi ia seorang guru yang ada dimana mana. Di Kokdiang, di Sabah (kumpulan jambu sikit...)

Ramadhan mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga. ha betul tak? betul.. tapi bukan tu je, ramadhan pun mengajar kita bisukan mulut daripada mengumpat orang lain, cacatkan tangan daripada mencuri dan kudungkan kaki daripada berlari keluar dari gate sekolah (ponteng leteww). faham? 

apa ramadhan dah ajar saya selama 10 hari ni? Saya belajar tentang kesabaran. Allahu..indahnya bersabar. sungguh, cubalah bersabar. masa bersabar rasa macam ini tidak adil, tidak adil bagiku. yelaa, kita mengalah kan? tapi nikmatnya akan dirasa kemudian hari.

semalam (malam) saya tusyen di Mercu Jaya. subjek biology kauuuuu. mengantuk takyah cakap lah. sebab petang tu ada ceramah daripada Imam dari Gaza. alhamdulillah banyak manfaat dapat. so stay dekat sekolah jelah sampai pukul 4 lebih baru habis. malam pulak tusyen habis pukul 10. apa yang bestnya, Mama terlupa ambil saya. she was sleeping! ewah ewah ewah, mimpi apa ya? sampai pukul 10.25 camtu saya tunggu. Alone. semua dah gelap. tinggal beberapa orang lelaki yang duduk melepak di sekitar situ. tak sanggup saya nak berlama lama disitu, lalu gagahkan diri jalan kaki balik rumah.

tak jauh... tapi lintas 4 traffic light laa. (jauh ok...) penatnya kaki, tahan jelah. air mata ni nak mencurah curah je rasa. biasa lah, anak bongsu ni emotional sikit. hehehe. lepas tu sampai rumah Mama tengah cuak cakap telefon dengan Abah. rupa rupanya abah baru nak ambil saya tusyen. tapi takde siapa dah kat tempat tusyen tu. gelap pulak tu. haa tahu takut..hihi

the old me akan buat apa bila sampai rumah? haruslah hempas pintu. hihihi. selain emotional, anak bongsu juga sangat berbakat dalam menghempas pintu. tapi tu dulu laa. zaman jahiliah. sekarang, tutup pintu elok elok, terus masuk bilik. part paling best Abah datang bilik pujuk saya. waaaaaaa abah, love you! lepas tu Mama pulak datang kat kita "hihihi Mama tertidur laa tadi. penat tak? sakit tak kaki?" soalan apa tu? err.

so esoknya, lupakan segalanya dah sahur seperti biasa. takde muka masam macam jeruk. sebab apa? sebab Allah bantu untuk kita lebih sabar. ini dugaan. in shaa Allah bila bersabar, kita sendiri rasa nikmat itu. 



assalamualaikum semua :)

2 comments:

KAKhairul's Blog said...

berani pulak nadia jalan sorang2 malam2... sabar yee

thorn_ton said...

pernah jugak ade pengalaman lebih kurang. tapi belum sampai rumah dah patah balik. sebab kena lalu jalan kubur. hahaha